skip to main |
skip to sidebar
Pelukis : Leonardo da Vinci
Tahun : 1503-1519 (16 tahun baru
siap lukis potret nih. paling lama nak lukis bahagian mulut/senyuman)
Jenis: Oil on poplar
Size : 77cm X 53cmNilai : US768M (RM2.53 billion)
Senyuman agung yang dapat memikat banyak interpretasi, teori, polemik, filem,
lagu, puisi dan juga parodi. Sementara si pemberi senyuman itu mungkin hanya
sekadar tersenyum sahaja dan tidak memiliki maksud apapun dari senyumannya itu
kerana dia hanya terpaku secara keseorangan sahaja di dinding Museum Louvre,
Perancis. Itulah senyum Monalisa, sebuah ekspresi dari lukisan/potret karya
agung Leonardo da Vinci.
Lukisan ini sudah berusia lebih dari 500 tahun. Ianya masih lagi dalam keadaan
baik. Ia juga pernah dicuri pada 21 August 1911 semasa dipamerkan di Musée du
Louvre, Paris.
Lukisan Mona Lisa sehingga sekarang ini dipercayai merupakan karya seni yang
paling banyak dilihat di seluruh dunia. Memang tak dapat dinafikan lagi bahawa
potret ini telah disalin serta dicetak sehingga berjuta-juta dan diedarkan di
seluruh dunia.Lukisan aslinya itu telah dipamerkan di Muzium Lourve yang mana
muzium tersebut dikunjungi oleh beribu-ribu pengunjung yang datang setiap hari.
Sejarah asal usul Monalisa
1. Monalisa yang sebenarnya adalah Lisa Ghererdini yang merupakan isteri kepada
seorang pedagang
bernama Francesco de Giocondo.Mona Lisa bermaksud Madam Lisa.
2. Seorang penulis, Serge Bramly, pula mengemukakan teori bahawa model kepada
lukisan Mona Lisa
adalah ibu kepada Da Vinci dikenali sebagai Caterina.
3. Terdapat juga pengkaji seni yang mengandaikan bahawa wajah Mona Lisa dilukis
Leonardo tanpa
merujuk kepada mana-mana model sebaliknya ia berdasarkan
imaginasi pelukis itu yang banyak
menghabiskan masa mengkaji teknik melukis wajah seseorang.
4. Teori yang paling mengejutkan dikemukakan Dr Lillian Schwartz dari Bell Labs
yang menyatakan bahawa
Mona Lisa sebenarnya wajah Leonardo sendiri dalam versi ‘kewanitaan’.Teori
itu diperoleh apabila
Schwartz menggabungkan wajah Leonardo dan wajah Mona Lisa dan
hasilnya, didapati bentuk kedua-
dua wajah itu adalah selari.
Fakta Unik mengenai potret Monalisa
1. Lukisan itu menjadi popular selepas dicuri dari Muzium Louvre pada 21 Ogos
1911. Selepas kecoh
mengenai kehilangan itu, seorang pekerja muzium terbabit iaitu
Vincenzo Peruggia akhirnya didapati
bersalah.
2. Lukisan itu dijumpai dan dikembalikan ke Muzium Louvre dua tahun kemudian.
3. Populariti potret Mona Lisa menyebabkan ia dijadikan lagu berlainan lebih 10
kali, diinspirasi sebagai
filem atau babak filem dan pelbagai sastera serta seni kreatif
lain.
4. Judul ‘Mona Lisa’ diberikan kepada potret itu 31 tahun selepas kematian
Leonardo. Selain Mona Lisa,
judul lain adalah ‘La Gioconda’.
5.Keistimewaan Mona Lisa adalah matanya akan sentiasa memandang ke arah
pemerhati tidak kira dari arah
mana anda memerhatikannya. Senyumannya juga kelihatan berbeza dari
setiap sudut pandangan berbeza.
6. Terdapat pertikaian bahawa Mona Lisa membiarkan rambutnya terurai hingga ke
bahu seperti terlihat
dalam lukisan bagaimanapun ia disanggah dengan kenyataan corak
seakan rambut itu sebenarnya kain
pelindung kepala dan hanya beberapa helai rambut kelihatan.
Perbuatan membiarkan rambut bebas terurai
di zaman Renaissance adalah ciri wanita muda yang tidak
memiliki sopan santun.
5. Selepas 500 tahun, keadaan meterial lukisan Mona Lisa yang melewati masa
lama semakin
membimbangkan.
Misteri senyuman Monalisa
1. Identiti Monalisa itu sendiri.
2. Riak wajah Monalisa.
3. Mata Monalisa akan sentiasa memandang ke arah pengunjung tidak kira dari
arah mana mereka
memerhatikan lukisan itu.
4. Senyuman Monalisa yang nampak berbeza jika dilihat dari sudut berlainan.
5. Makna senyuman Monalisa sehinggakan ianya menjadi igaun penyelidik,ahli
psikologi dan pengkaji seni
dalam usaha untuk menafsirkan makna senyuman tersebut.
6. Sekecil-kecil sudut di dalam potret tersebut dikaji dengan teliti untuk
membongkar rahsia Monalisa.
Kini, selepas lebih 500 tahun, potret agung bersaiz 77cm lebar dan 53cm panjang
itu digantung di sebalik cermin yang dilengkapi pengawasan ketat (kalis peluru)
di sebuah galeri khas muzium terbabit.
Sebelum dipindahkan ke galeri khas itu pada April 2005, jutaan peminat dari
seluruh dunia mengunjungi Musée du Louvre (muzium), Paris, Perancis semata-mata
ingin melihat potret yang penuh dengan misteri dan enigma itu.
0 komentar:
Posting Komentar